- 30 Julai akan datang ini, genaplah sebulan perkara misteri ini berlaku pada diri saya. Perkara ini berlaku di salah sebuah hospital di Singapura.
Nama saya Danish (bukan nama sebenar). Pada waktu itu saya sedang bertugas syif malam. Pada jam satu pagi, saya terima Khidmat Pesanan Ringkas dari isteri saya yang berbunyi begini "Dan, mommy cakap pinggang dia sakit. Tak boleh bergerak. Mintak hantar ke hospital. Aidil (adik saya dan bukan nama sebenar) dan ayah nak hantar mommy sekarang. You boleh cabut ke hospital tak?" Saya dengan tak berlengah lagi, jumpa penyelia saya dan beritahu dia apa yang terjadi. Saya pun dibenarkan pulang dan saya terus langsung ke hospital.
Setibanya saya di hospital, ayah,ibu dan adik saya pun sampai sama. Adik ambil kerusi roda dan sorong ibu ke wad kecemasan. Saya pula uruskanlah pendaftaran ibu di wad kecemasan. Saya dan ayah tak dibenarkan masuk ke wad kecemasan, hanya si pesakit dan seorang lagi yang boleh menemani ibu ke dalam wad. Jadi saya suruhlah adik temankan ibu.
Saya dan ayah duduklah di bilik menunggu sambil berbual. Adik saya pula kadang-kala keluar dari wad dan beritahu kami tentang kesihatan ibu. Kami belum tahu apa yang terjadi pada ibu. Cuma doktor kata mungkin ibu sakit gastrik atau ada batu di buah pinggang ibu. Doktor perlu membuat ujian lanjut sebelum memastikan keadaan ibu.
Jadi pada satu ketika itu, mungkin pada jam empat pagi saya rasa macam nak merokok. Oleh kerana kami di hospital, kalau nak merokok kenalah jalan jauh keluar dari perkarangan hospital. Saya pun jalan perlahan-lahan menembusi tempat meletak kereta. Di tempat meletak kereta cuma ada dua atau tiga buah kereta dan beberapa buah motosikal saja. Tapi di satu sudut terletak empat buah ambulans dan saya harus berjalan melintas ambulans itu sebelum saya dapat keluar dari perkarangan hospital.
Sedang saya berjalan di depan salah sebuah ambulans, saya macam terbau wangian yang sangat kuat dan bertukar menjadi busuk sekali! Meremang bulu roma saya! Entah macamana saya ni macam nak mencari dari mana datangnya bau itu. Tiba-tiba saya kedengaran bunyi cakaran macam cakaran kuku di papan tulis. Kuat dan mengilukan sekali! Saya pandang ke kanan, ke arah ambulans yang keempat yang betul-betul di sebelah saya. Terperanjat saya nampak suatu lembaga hitam, rambutnya panjang, mata merah menyala dan lidahnya panjang terjelir di dalam ambulans itu! Benda tu macam merenung ke arah saya!
Saya macam nak pengsan. Dah tak boleh bergerak dan tak boleh berdiri. Macam saya kehilangan kepala lutut saya. Saya pun apa lagi, paksa diri saya pusing dan terus berjalan balik ke wad kecemasan di mana adik dan ayah berada. Dalam perjalanan tu saya kerap toleh ke belakang kerana takut-takut benda tu mengikut saya. Tiba di sana, ayah tanya "Aik?! Cepat kau hisap rokok?" Saya cuma senyum dan mengangguk kepala saja.
Pada jam lapan pagi, ibu dibenarkan pulang. Tapi doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit ibu. Tapi ibu kelihatan sihat sikit dan dah boleh berjalan. Kami empat beranak pun naik teksi untuk pulang. Dalam teksi ayah tanya ibu, "Awak dapat tidur dalam wad malam tadi?". Ibu jawab, "Dapat lelapkan mata sekejap saja. Ada orang di bilik sebelah tu sekejap menangis sekejap ketawa, entah apa sakit gila agaknya? Saya suruh jururawat datang bawakkan saya air minuman, saya tanya apa sakit orang yang di bilik sebelah, tapi jururawat tu cuma senyum saja. Mungkin dia orang filipino, rupa macam Melayu tapi tak faham apa yang saya kata." Mendengar kata-kata ibu, adik saya pula mencelah, "Bu, mana ada orang di bilik sebelah? Ibu seorang saja yang ada dalam bilik. Bilik-bilik yang lain kosong bu. Aidil yang selalu keluar masuk jenguk-jenguk ibu. Bilik ibu, bilik yang hujung sekali. Bilik kecemasan yang lain semua kosong bu. Ibu mimpi tak?"
Saya pun bercerita tentang apa yang terjadi pada diri saya pada keluarga. Kami pun macam terperanjat dan bingung. Apakah benda yang saya nampak tu ada kaitan dengan apa yang ibu saya dengar di wad kecemasan? Entahlah. Tapi, saya tak akan lupa apa yang saya nampak pada malam itu. Terima Kasih.
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Cerita Hantu - Dua Kejadian Misteri Di Hospital
Posted by
Momod ads.id
at
05.07
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »